Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam Melaka Negeriku Sayang, Melaka Maju 2010
Mungkin ade yang pelik kenapa greeting saya panjang sangat. Dah terbiasa kalau kat negeri Melaka ni, tu la kata alu-aluan yang akan disampaikan. Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat datang ke blog saya. Ini adalah pertama kali saya menulis dalam sebuah blog. Selama ini cuma baca jer blog-blog orang tapi kali ini saya cuba juga mengadakan blog sendiri.
Tujuan blog ini dibuat adalah untuk saya berkongsi maklumat mengenai ape yang saya rasa menarik dan berguna untuk tatapan anda diluar sana. Mungkin antara maklumat-maklumat yang akan saya tulis adalah mengenai perkembangan teknologi, hobi-hobi dan family saya (ni yang penting sebenarnya).
Mengenai perkembangan teknologi ni, saya ni memang minat terhadap gadget-gadget seperti komputer, tablet, gaming console, handheld console dan smartphone.
Untuk hobi-hobi pula, saya ni minat pada sukan riadah seperti superbike, mountain biking (MTB) dan bowling. Hobi-hobi buang masa pulak yang sukar untuk dikikis adalah bermain video game! Semua jenis adik beradik PlayStation saya dah kumpul... cuma PS Vita jer yang lom berpeluang untuk memilikinya.
Yang paling penting yang saya nak cerita dalam blog ini adalah perkembangan anak-anak saya yang akan bakal lahir untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini. Kenapa saya kata 'anak-anak'? Alhamdulillah, setelah berkahwin selama 1 tahun 2 bulan... isteri saya telah disahkan hamil dan yang paling mengejutkan adalah apabila doktor mengesahkan bahawa kandungan isteri saya adalah kembar. Bukan dua tetapi TIGA! Kisah-kisah ini akan saya cerita pada entry yang lain.
Setakat ini dulu intro saya buat kali ini. Panjang juga saya taip ni... apa-apa pun nantikan cerita-cerita menarik dari saya pada entry yang akan datang!
Chalooo~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan